Pages

Saturday, 24 September 2011

Bukan Pompuan Kalau Tak Suka Pinggan

Sebahagian besar orang perempuan yang normal mesti suka kumpul pinggan mangkuk. Tak kiralah sama duduk kat Edinburh ke, duduk kolumpur ke atau duduk kat Bota Kanan, hobi mengumpul ni dah jadi hobi turun temurun. Saya masih ingat lagi aruah opah mempunyai koleksi pinggan mangkuk yang sangat banyak, sehingga cukup untuk kenduri kendara kalau panggil satu pekan Parit. Terkenang-kenang lagi mangkuk bubur/gulainya ada terulis tulisan jawi. dan ada yang bergambar ayam jantan. Kalau masih ada, tentu agak mahal harganya.

Mak yang terpengaruh dengan mak mertuanya, turut mengolek pinggan mangkuk. Yang herannya takla pulak cepat sumbing apatah lagi pecah macam sekarang . Masa tu abah kerja mata-mata (panggilan antik untuk polis). Bila time abah dapat bonus atau arrears ( sungguh tahun lewat 60an dah ada perkataan macam ni),  mak dah tak sedap duduk, mesti ajak aku temankan dia ke Parit Buntar, ada kedai tepi sungai jual pinggan mangkuk. Maka bertambahlah lagi koleksi mak. Yang bestnya, mak guna pinggan yang dibeli walaupun ada sebahagian yang disimpan. Bila adik Hisham lahir (1969 - time 13 Mei tu) mak mula kumpur Dumex. Rasanya mak macam sengaja je tak mau susukan dia dengan susu badan. nanti boleh tukar kupon dengan pinggan mangkuk. Hahaha...

Kemudian awal 70an menyaksikan lambakan pinggan mangkuk yg tahan pecah pyrex diikuti arcopal, durulex, arcoroc. Mak bertambah maju, ajak geng main kutu. Macam tu barulah ok, ni tidak asyik bangkrap je abah. Pinggan mangkuk durulex kami masih pakai sampai sekarang di kampung. Mak dah semakin tua, dah tak larat nak ikut fesyen.... Hobi dia kumpul pinggan mangkuk pulak turun kat saya.



 

Libang-Libu


Hello, i am back. Setelah hampir 3 bulan baru tulis balik. Mungkin ada yg noticed i had deleted all posts  kerana rasanya malaihla nak tulis benda2 yg maram paraput. Bila baca je pasal tanda akhir kiamat,  dan ada org tulis mulai tahun depan titik mula dunia jadi harubiru sebab nibiru nak menyerang, awak udah jadi libanglibu. Tapi bila baca blog member yg dok update pasai english country furnishing, udah jadi cool balik. Aparah, tak dak pendirian  langsung ke aku ni! Memang sah tak dak pendirian kahkahkah....


Well mungkin perasan yg i tak pernah letak apa gambar pun kat blog/fb. Ntahlah, rasanya tak suka nak publish my personal life. Bukannya apa kalu kita cerita pasal melancong pi sa pi sini, org yg tak ada peluang pi, rasa sedih. Kalu org yg 'jetsetter' memanjang baca pulak (ko la tu Lela Asan), akan kata 'aparah, pi tempat kudi pun hang mau tulih ka?'  Kalu kita letak gambar rumah kita, org yg rumahnya 'agak kurang' mesti rasa tertekan sebab teringin nak memiliki rumah camtu, tapi kekangan kewangan, mungkin belum membolehkan lagi. Kalau org kaya-kaya tengok pulak gambar rumah aku mesti dia kata "pigi dah! ini macam pun mau tarok ka?' Itu yg serba salah tu. Tapi atas pujukan kawan baik yg dah terpisah lama, i akan try update skit2 ya. Aku ni bukannya rajin bebeno pun, mengemas, eventho' many people said i have talent to be a good interior designer.... (kahkahkah ayat, nak pancing korang suruh baca!)


Cakap pasal koleksi antik,aku memang ada agak banyak juga yg rare. Memang rasa nak let go. Bukannya apa anak2 bukan setakat tahap tak suka tapi BENCI, sebab benda tu nampak buruk. Untuk permulaan nak tanya korang, ada sapa tau harga coin satu ringgit (yes SATU ringgit) Malaya? tahun circa 1900/1890.  Aku puas google, tak nampaklak ada org jual koin singgit. 1/4 cent, 1/2 cent atau 1 cent yg ada kepala queen tu adala, yg singgit tak ada langsung. I think tak ramai yg mampu ada duit singgit masa tu. Nanti suruh anak upload gambar. Kalu sapa ada berita bagi taulah ye. Permisi dulu, mau cari lunch utk anak.